0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Munsyid
Showing posts with label Anugerah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Jalan Mujahadah

Lirik Lagu Jalan Mujahadah - Anugerah


Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau disetiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan disini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Jendela Hati

Lirik Lagu Jendela Hati - Anugerah


Aku ingin hidup secerah mentari
Yang menyinar di kamar hati ku
Aku ingin sering kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Mengubat rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula di hat
Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula di sini

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Bicara Buat Teman

Lirik Lagu Bicara Buat Teman - Anugerah


Kepadamu teman
Bicara ini kuutus untuk mu
Lahir dari lubuk jiwaku
Dengan rasa yang mendalam
Ingin semuanya tertumpah
Ke lubuk hatimu

Setiap manusia
Merindukan kasih dan sayang
Ia fitrah semula jadi
Menginginkan hidup yang harmoni
Itulah kebahagiaan yang dicari

Mengapa kita terus begini
Bahagia yang mekar mewangi
Mesra yang harum semerbak
Kian terlerai dan mulai sirna

Itu semua bukan kehendak kita
Tapi itulah yang berlaku
Mengganggu kasih yang bersemi
Melerai sayang yang kukuh padu

Marilah kita kutip semula
Daun-daun kasih yang terlerai
Kita kumpul semula
Mesra yang abadi

Jangan hendaknya kita tergugah
Walau suasana berubah
Kerana cinta Ilahi itu abadi
Yang rindu membawa mati

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Selagi Ada Hayat

Lirik Lagu Selagi Ada Hayat - Anugerah


Sahabat masih ada waktu
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni

Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Tuesday, March 12, 2013

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Merancang Kerja

Lirik Lagu Merancang Kerja - Anugerah


Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
Berjuanglah dalam satu barisan
Umpama batu tersusun menjulang ke awan
Itulah asas dalam merancang

Rancang dengan apa yang di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Membina cinta dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu di perhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira

Gunung mana yang mahu didaki
Lurah mana yang mahu disusuri
Semuanya telahpun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - MATA

Lirik Lagu Mata - Anugerah


Mata manusia sudah buta
Tidak melihat kebenaran
Telinga Manusia sudah Tuli
Tidak mendengar yang hakiki
Hati insan sudah mati
Tiada lagi keadilan
Kebenaran ditolak ke tepi
Kezaliman merata

Inilah akibat
Jiwa tanpa pedoman
Tiada lagi keimanan
kerana manusia
di akhir zaman
Tiada batasan tanpa panduan
Musnah segala

Monday, March 11, 2013

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Untukmu Mawar Kota

Lirik Lagu Nasyid Anugerah - Untukmu Mawar Kota


Telah lama kau di dalam alpa
Dalam kegelapan memburu fatamorgana
Mengikut nafsu mengaut kepuasan
Hingga kini tiada jawabapan

Engkau terus menerkam bayang-bayang
Tanpa sedar maruah diri telah hilang
Segala tergadai tiada yang membela
Mutiara yang hilang tidak akan pulang

Sampai bilakah
Engkau akan begini
Mengikut nafsu yang infiniti
Hari-hari depan tiada engkau fikirkan
Lebih-lebih lagi kehidupan yang hakiki
Di akhirat

Marilah kita bersama-sama
Kembali kepada fitrah
Untuk menjadi hamba-Nya
Yang tunduk pada syariat-Nya

Tiada kita dijadikan oleh Allah
Dengan begitu sahaja
Kita dijadikan untuk mengabdikan diri
Dan beribadah sebagai hamba-Nya

Ketenangan dan kebahagiaan
Akan diperolehi hanya dari Tuhan
Ketahuilah bahwa sesungguhnya
Mengingati Allah hatimukan tenang

Tidakkah kau fikirkan
Hebatnya neraka segala azab dan siksanya
Yang tak akan tertanggung
Oleh kita yang lemah
Yang dahsyatnya tak tergambar
Yang tak sanggup menghadapinya

Ketahuilah kasih sayang Allah
Melebihi kasih seorang Ibu
Walaupun selangit dosa kita
Dia kan sudi mengampunkannya
Karena Dia Maha Penyayang...

Nasyid dan Religi: Anugerah

Anugerah - Tipu Duniawi

Lirik Lagu Anugerah - Tipu Duniawi


Kini teman hangus terbakar
Tiada wangi hilang seri
Kembang dan jambangnnya punah
Indah cantiknya musnah

Kumbang terpanggang rentung
Dibakar pijar
Tanahnya membahang panas
Buminya tandus

Dulu jambangan ini
Mengantung seri
Senyum di tangkai hati
Semerbak harum kembang indah
Taman mengundang tenang
Cantik bunga kumbangpun
Datang betandang

Rupanya seri taman tak kekal
Harumnya sementara indah
Sebentar
Karena bajanya ringgit permata
Bukan iman dan taqwa

Itulah taman dunia
Taman tipu daya
Taman pura-pura