0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Munsyid

Wednesday, March 13, 2013

Nasyid dan Religi: Anugerah - Jalan Mujahadah

Anugerah - Jalan Mujahadah

Lirik Lagu Jalan Mujahadah - Anugerah


Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau disetiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan disini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

No comments:

Post a Comment