0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Munsyid
Showing posts with label Feelheart. Show all posts
Showing posts with label Feelheart. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Nasyid dan Religi: Feelheart

Lirik lagu Feelheart - Ayah

Ayah,
Telah ku sesali,
Meninggalkan dikau,
kini kesorangan,

Ayah,
Takkan ku ulangi,
Kesilapan dulu,
Menyakiti hati.

Andainya,
Masih kau disini.

Ayah buat kali ini,
Ku pohon kembali,
kemaafan darimu.

Jika masih ada waktu,
Untukku kembali,
Memeluk dirimu.

Walau pengorbanan itu,
Tak dapat ku balas,
Hingga ke akhirnya.

Walau meratap diri ini,
Kesilapan lalu,
Tetap menghantui diri,
Hingga hari ini.

Seandainya,
Masih terluangnya hari,
Untuk aku bermesra,
Dengan dirimu,
Atau sekadar,
Merinduimu kasih sejati,
Yang telah kau beri.

Thursday, March 28, 2013

Nasyid dan Religi: Feelheart

Lirik lagu Feelheart - Fikirkan

Kadangkala ada ku terfikir,
Cinta itu tak memberi makna,
Namun setelah ku menyedari,
Cinta Tuhan itu yang hakiki.

Oh sedar sedarlah kawan,
Cinta yang kau buru itu kealpaan,
Namun jika benar engkau rindu,
Pilihlah cinta yang direstukan.

Ingin ku berkasih,
Ingin ku bercinta,
Ingin ku miliki,
Kasih yang sejati.

Oh Tuhan tunjukkan,
Jalan kebenaran,
Untuk ku miliki,
KasihMu.

Lenyapkanlah cinta yang palsu,
Hadirlah cinta yang mendamai kalbu,
Ku menanti hanya cinta Tuhan,
Memberi erti dalam kehidupan.

Dulu-dulu ku cuba,
Ku cuba sahut seruan untuk bercinta,
Tapi ku menolak bukan kerana kecewa,
Tapi untuk mengukuhkan rasa cinta,
Kepada Tuhan yang Esa.

Nasyid dan Religi: Feelheart

Lirik lagu Feelheart - Rintihan Syahdu

Terlukis kisah nan syahdu,
Di hatimu yang teramat pilu,
Jeritan mendayu-dayu,
Terdengar pasti membisu.

Bukan sebarang jeritan,
Merintihi kasih yang telah pergi,
Pergi kepangkuan Ilahi,
Dan tak mungkin akan kembali.

Marilah kita hulurkan,
Kasih mesra kita jalinkan,
Moga ada sinar bahagia,
Menjelma untuk kali kedua.

Bukalah pintu hatimu,
Memekarkan mawar nan layu,
Tiada berayah beribu,
Ditemani jeritan syahdu.

Bersama kita lenyapkan,
Jeritan yang kian berterusan,
Demi satu pemberian,
Berkekalan dalam ingatan.

Nasyid dan Religi: Feelheart

Lirik lagu Feelheart - Oh Tuhan

Oh Tuhan terimalah,
Hamba yang jahil ini,
Oh Tuhan tunjukkan jalan,
Agar ku arif dan beriman,

Tuhanku,
Hambamu berserah,
Terimalah dambaan hambaMu,
Yang penuh noda dan dosa,
Nyahkan nafsu yang bermaharajalela.

Aku tak mampu menanggung dosa lagi,
Pimpinlah daku ke arah cahayaMu,
Dan biarlah aku menjamah kasihMu,
Dambaan abadi hanyalah untukMu Tuhan.

Oh Tuhan ku sudilah terima,
Penyerahan hambaMu ini,
Usahku di singkirkan,
Dari keredhaanMu,
Serta kasih sayangMu Tuhan.

Nasyid dan Religi: Feelheart

Lirik lagu Feelheart - Persada Hidup

Persada hidup mu bermula,
Di istana kehidupan,
Kerasulan penuh madah,

Dari keturunan yang mulia,
Kau lahir membawa rahmat,
Untuk sekalian alam,

Dirimu pembawa sinar,
Cahaya yang gemilang,
Hadirmu menabur bakti dan harapan,

Madahmu penuh bermakna,
Kerna kau dididik,
Dengan hikmah tarbiah Allah

Terpancar sinar cahaya,
Menerangi kegelapan,
Dari kejahilan kepada kebenaran,

Dan Rasulullah berkorban,
Sepenuh jiwa dan raga,
Demi menegakkan agama tercinta