0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Munsyid

Monday, June 24, 2013

Nasyid dan Religi: Lirik Lagu UNIC - Insan Bernama Kekasih

Lirik Lagu UNIC - Insan Bernama Kekasih

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambuatnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

Lihat Lirik Terkait Lainnya

Lirik Lirik Lagu UNIC - Insan Bernama Kekasih diatas adalah hak milik dari pengarang, artis dan label yang bersangkutan, semua media, termasuk lirik Lirik Lagu UNIC - Insan Bernama Kekasih di blog ini hanya untuk pembelajan, maaf jka terjadi kesalahan dalam penulisan.

No comments:

Post a Comment