Bagai gempa bumi yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah
Ingin memusnahkan kota Mekah
Kerana dengki benci terhadap rumah Allah
Tiada yang mampu untuk membantu
Mukmin hanya berserah kepada yang empunya kaabah
Yakin dan berdoa
Allah sendiri yang akan menjaganya
Ababil kisah benar dari Al-Qur'an
Ababil bukan hanya kisah dongengan
Ababil satu bukti bantuan Tuhan
Jika kita bertakwa dan bertawakkal kepada-Nya
Burung-burung Ababil di kirim Allah
Melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
Menghancurkan bala tentara Abrahah, tanda pembelaannya
Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
Di permainkan sesuka hati oleh musuh kita
Tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
Kerna cinta dunia dan takut mati (al-wahan)
Cubalah kita koreksi diri
No comments:
Post a Comment